Rabu, 4 Februari 2015

loss weight, semua boleh! [PART 1]

Assalamualaikum 

Photobucket

lama betol tinggal blog ni.
habuk sawang semua lah.

oh hai semua, semoga sihat sihat hendakNya
musim konvokesyen
tahniah buat semua yg telah bergraduasi

dan ciktom masih bersisa 2 tahun lagi. K

dannn entryy kali ni just nak buat a little sharing (kot) tentang yaa loss weight.
sebenarnya dah lama dah nk buat entri ni tapi tertangguh dlm draft je. errrr
okay tapi takpee, tertunai jua. huhu

yaa loss weight
 atau bahasa mudahnya
mengecilkan bentuk badan?
mengurangkan berat badan?
dannn
apa apa yang berkaitan dengan tubuh badan size, berat, rupa dan penjagaan makanan lah kot

hamtaro emoticont

'dia tuu kuruss, diet nak kawin la tuhh
dia kurus semacam jee, ambik dadah ke
dia kurus tu kenapa? clash dengan pakwe la tuhh'

klise
dan bla bla bla bla
*pekak kan telinga je bila dengar ok*

Photobucket



mesti selalu kan kan dengar?
asal diet je nak kawin, aishh
tak semestinya
diet untuk macam macam okay
dah kalau memang nak kawin punn, ok apee dah sampai jodohhh.

tapi bagi ciktom i did it because nak
SIHAT, CERGAS, BADAN RASA RINGAN,
BOLEH PAKAI BAJU DENGAN SELESA TAK PAYAH TARIK TARIK SEBAB KETAT, DANN SEMUA YG BAIK2 YG RELATE DGN KESIHATAN

kisah Ciktom?
ya, i took almost 2 year plus to reduce weight to get the normal BMI that suit with my height.
tak percaya?

percayalahh
*lagu siti*

'manada Ciktom gemok
tak nampak berisi punn
eleh dahh kurus nak kuruss lagi'

*remuk hati bila dengar manusia berkata begini*

kisahnya bermula tahun 2013 lagi, bila tengok gambar waktu tu dengan masa zaman skolah terlalu byk beza. dari segi size lah maksudnya
tapi waktu tu belum ada kesedaran bahawasanya memang tengah mengembang. K

kemudiann pada tahun 2014 awal tahun macam tu insiden
bila baju kurung kesayangan yang selalu pakai pegi kuliyyah suddenly
ketat di bahagian lengan, pinggul dan paha.
sebab baju tu masih agak baru dan tetiba ketat apehal =='

http imgload23 16 Cute cartoon young girl emoticons download #.2

hati bermonolog:
pandang cermin, ishh baju nii yang kecik ni, salah ukur la nii msa jahit
lantas paksa jugak pakai.
masa tuu, masih lagi belum sedar badan dah mula kembang dan overweight
sampai laa, waktu tuu mula rasa sakit pinggang, sakit belakang yang teruk.
dan call mak semua buat terapi sebab masa tu pun ada masalah dengan menstrual cycle
dia macam tiba2 semua related each other,
berkait kait dan tahap kesihatan makin memburuk.
cepat penat dan semua lahhh.

Photobucket

bila selesai saja semester tu, maka bermula lah cuti 3 bulan, cuti semester.
bila balik rumah, benda pertama mak cakap, yea Ciktom nampak sangat berisi
*mata berkaca kaca*


tapi lepas tuu, Ciktom tahu bila mak tegur tu maksudnya ya saya sudah banyak berubah dan mak pun nampak jelas ketara clean clear.
yelah, mak mesti perasan kalau anak dia berubah ke ape ke ye dak?
lantas memasang azam dan berdiskusi dengan mak ayah, yang Ciktom nak mula turunkan badan dan sangat memerlukan sokongan moral mak ayah.
dan mereka sangattt lah membantuu, sangat teruja dan bertambah semangat!

016 8 Super cute Minions emoji gifs to download

misi menurunkan berat badan bermula dalam Jun 2014 lebih kurang.
buat survey pasal good diet,
exercise yang sesuai dan macam macam lah, ambik kisah inspirasi orang lain,
dan mostly Ciktom banyak refer pada blog Kevin Zahri
panduan pemakanan dan cara nak mulakan gaya hidup yang sihat.

27 Jun 2014
Height : 169.5 cm
Weight: 80.5 okayy maluu nak letak besar besar

kebetulan pada masa yang sama menjalankan misi diet tuu, adalah pada bulan ramadhan
sesungguhnya sangat membantu malah memotivasikan diri.
setiap kali tarawikh , mak pesan niat kerana Allah
mana tahu ini juga bukan sahaja ibadah tapi sebagai senaman kalau buat dengan sabar
*terharuuuu dengan semangat yang mak bagi*

085 8 Super cute Minions emoji gifs to download

pada fasa awal..YA, ciktom akui memang sukar dan macam nak give up ok.
yelah sebab turun sikit-sikit dan belum berapa nampak.
sampai lahh selesai 30 hari berpuasa.
turun dalam 4 kg camtu je.
tapi takpe ciktom yakinn, 4kg ni permulaan yg baik utk kg kg kg kg yg seterusnya


4d607722c2f904713cce0d13e8358e6f 40 Naive cats emoticons free downloads cat emoticons cat emoji  49f089976b3d42285fc3b83ca32c1871 40 Naive cats emoticons free downloads cat emoticons cat emoji  fed88d461d1a03df8be4686184055ae5 40 Naive cats emoticons free downloads cat emoticons cat emoji

*semangat*

okayyy sampai sini dulu muqaddimah kisah ciktom bersambung Part 2 nanti ok!
Ciktom akan cerita apa yg ciktom buat, makan dan amalkan

see youuu later
bye

fb3d2dda57bf5f68999a1090a41957d9 40 Naive cats emoticons free downloads cat emoticons cat emoji







boleh baca bila senggang , klik follow kalau senang . terima kasih :)

Selasa, 3 Februari 2015

review skincare: halal lagi thoyyib! Secretleaf is my secret

Assalamualaikum

dah lama tak menaip, janggal rasa.
okayy tapi tak apa
nak jugak gigih sebab nak share sesuatu yang menarik dan baikk
halal lagi suci

nak tahu ape?

in love cute cat



tadaaaaaaa



rangakaian produk secretleaf!
really work for me tauu, alhamdulillah
ciktom guna produk ni sejak lepas kejadian muka melecur sebelum ni


sejak kejadian tu, ciktom stop guna semua produk penjagaan muka
krim dan adik beradiknya lah.

sampai satu ketika ayah start cakap, muka makin teruk dan kusam
kemudian, scroll facebook dengan malas malas, tetiba terbaca iklan Secretleaf nii
yess, rangkaian produk ni agak mahal dari segi harganya
but i told yaa, it worth
hasilnya, sepadan dengan harga.

emoticon pink rabbit

dan bersemangat semula!
bila baca testimoni agak meyakinkan jiwa raga. * k, over
tapi, sebelum beli ciktom tanyakan ayah dulu pasal produk tuu
sebab masa baca ingredients produk ni.
main ingredients dia ialah minyak asli argan yang hanya tumbuh di morocco.
then, bila cerita kat ayah
ayah punn, pung pang pung pang cerita
dan yaa, khasiat pokok argan ini sudah lama terbukti :)

*agaknya sebab tu orang morocco cecantik belaka. ehh


emoticon pink rabbit

lepas seminggu, tengok review orang, kaji pasal argan oil
akhirnya, ayah pun belikan minyak argan tuu di kedai le rest beauty di taiping, yang merupakan ejen sah untuk secretleaf ni.


soo, inilah produk secretleaf yang pertama ciktom gunakan.
nampak botol kecik lemah tak bermaya kan?
tapii kesan dia, subhanallah lepas seminggu lebih guna
parut melecur, menggelupas dan ganti kulit baru yang cantik
parut dia pun pudar :)

botol kecik ni tahan dua bulan, sebab ciktom gunakan bukan sahaja untuk rawat melecur dan parut, tapi jugak untuk badan.
boleh cakap, dia ni multipurpose oil gittew



tengok laa tuu Kak Nora kitaa, cantik mulus gebu kann?
haa, rahsia dia, argan oil  01 lah!

cute kitty with big eyes smiley

jadi selama sebulan guna, ciktom berpuas hati dengan hasilnya.
ohh yaa, dalam tempoh ni jugak, ciktom masih belum guna produk pembersih dan krim kecantikan apa pun, melainkan secretleaf argan oil 01 ni, lidah buaya dan air suam untuk mencuci wajah. tu je
disebabkan hasil diri sendiri yang meyakinkan tuu, ciktom pencuci muka dia, toner dan krim malam.


Argan Hydrating Cleanser for all skin types.



Arbutin Natural Lightening Cream for all skin types too!


the last one is



Herbawhite Natural Lightening Toner


alhamdulillah masih guna sampai sekarang, dan its suit well for me. alhamdulillah, alhamdulillah 

cute kitten smiling smiley

kesimpulannya antara yang ciktom gunakan sehari harian adalah:

1. Argan Hydrating Cleanser
2. Arbutin Natural Lightening Cream (utk malam)
3. Herbawhite Natural Lightening Toner (pagi dan malam)
4. Argan Oil 01 (malam)

cara penggunaan:

untuk waktu pagi

1. guna cleanser 2 kali sehari sahaja ( pagi bangun cuci, nak tido malam cuci)
jangan selalu cuci guna cleanser sebab nanti kulit akan kering, kulit kering pun akan mengundang jerawat melampau.

2. lepas cuci muka, sapukan toner pada wajah
sekiranya alergik pada kapas, boleh je tap guna tangan but make sure tangan bersih yaa!

3. guna bedak baby johnson jee tepek kat muka dan siap! tehee


untuk malam pulak

sama jugak step 1 dan 2 di atas

cuma tambah yang ke 3

sapukan argan oil tu ke muka dan boleh tido !

insyaAllah dengan penggunnan yang konsisten hasilnya anda akan sangat berpuas hati, seriuss tak tipu, cuma kena bersabar sebab this product bebas kimia paraben, SLS yang memang memberikan kesan segera, tapi merosakkan kulit.

untuk lebih detail informations atau nak buat pembelian ke, nak tahu harga ke stokis ke atau atau apa apa yang berkaitan dengan produk nii

boleh klik  SECRETLEAF bestt

done sharing my secret!
tehee




until here, see you'lls later 

moga Allah merahmati

babaiiii

cute kitty smiley






boleh baca bila senggang , klik follow kalau senang . terima kasih :)

sawang teruk tapi hye!

Assalamualaikum semua.

*aku tanya apa khabar?*
okay acah Joe Flizzow sangatt

alhamdulillah thumma alhamdulillah
masih bernafas dan sihat hendakNya.

yaa, last update blog 24 Julai 2014 dan harini dah 3 February 2015
berbulan2 sepi. K

busy melampau menghabiskan sisa waktu menuntut ilmu

dan insyaAllah update kalini nak bagi review pasal produk kesihatan dan kecantikan
insyaAllah bermanfaat, benda baik buat apa simpan sorang ye dak?

kalau nak tahu review apa
nantikan update lepas ni okay!

byee !
selamat tahun baru 2015

img



boleh baca bila senggang , klik follow kalau senang . terima kasih :)

Khamis, 24 Julai 2014

menghadapi dan cara merawat muka yang melecur/melepuh

Assalamualaikum
hai semua
Alhamdulillah kita sudah berjaya memasuki universiti ramadhan dan insyaAllah bakal mengakhirinya tidak berapa lama lagi.
sedih bukan?

bulan yang kita nanti nantikan bakal melabuhkan tirainya.
apa apa pun, yang kita lakukan sepanjang ramadhan ini
moga moga kita bisa istiqamah dengannya.
amin, insyaAllah

oh ya oh ya
tips yang ingin Ciktom kongsikan ni bukan la sekadar sebab nak sambut syawal yang 
dah tak berapa lama lagi, tapi nak membantu gadis/remaja/wanita di luar sana 
yang mengalami masalah jerawat dan parut jerawat.
yes, perkara ni sangat menghantui perempuan lebih2 lagi yang mempunyai kulit sensitif.

kalau korang search google,
ada sesetengah yang mengesyorkan atau memberi tips untuk menggunakan 
bawang putih, kulit kayu manis, madu sebagai rawatan tradisional untuk merawat jerawat.
betol tak?

dan sebenarnyaa, petua ini sangatlah bahaya untuk mereka yg mempunyai kulit sensitif
sekali lagi diulangi
BAHAYA UTK GADIS/WANITA YG MEMILIKI KULIT SENSITIF

sifat bawang putih, kulit kayu manis dan madu itu panas dan akan membuatkan kulit sensitif tadi melecur,pedih dan melepuh ( yes, i'm the one yg dah terkena, tsk tsk )

mentally breakdown, rasa geram tengok muka yang hampir separuh melecur sebab menggunakan tips yg tidak sesuai untuk kulit muka sensitif. (maybe the tips work fr those yg memiliki kulit biasa)
tapi alhamdulillah, dalam masa 3-5 hari kulit semakin baik 
dengan menggunakan beberapa produk yg sesuai dengan kulit muka sensitif.

apa yang ciktom buat selepas mendapati kulit melecur

1. STOP menggunakan any types of facial cleanser/ pencuci muka, bedak, krim dan sebagainya
sebab ia hanya membuatkan kulit melecur tadi akan bertambah nipis dan pedih.

2. then, macam mana nak cuci muka yang berminyak tu?, 
okay ciktom amalkan pagi2, gunakan sapu tangan kecil yang bersih dan rendam kan dalam 
air suam kemudian lap kan pada muka termasuk di kawasan yang melecur tu.

3. stop tengok cermin untuk seketika dan bertenang, kalau stress lagi kita jdi putus asa nak merawat luka tu.

antara benda yang ciktom guna sepanjang 5 hari untuk merawat tempat melecur di muka tu adalah



1. lidah buaya/ aloe vera
yes, guna lidah buaya ni sangat membantu untuk mengeringkan kesan melecur tadi.
selepas lap kan air suam pd muka, terus letak kan aloe vera ni pd kawasan melecur, 
dan diingatkan memang akan ada rasa gatal2 sikit pd mulanya 
so pleaseee jangan garu/usik kawasan melecur tuu, tahan sikit, then it will be okay lepas tu :)



2. krim pelbagai guna cenkudu sureco 
okay, ni bukan saja boleh diguna sebagai ubat gigi, tapi macam2 kegunaan
antara kegunaannya:
untuk gigi sakit
ngilu gigi
sakit/bengkak pada gusi
ulser
tumit merekah
stretch mark (utk ibu mengandung )
lenguh2
jerawat/parut jerawat
ciktom beli ni di stokis area kuala kangsar rm10
alhamdulillah berkesan dan berbaloi beli
khasiat cenkudu sangat membantu mperceptkan proses penyembuhan.
yes, masa mula2 letak pd kawasan melecur tu memang akn rse pedih2, tapi lepas tu da okay :)
cara guna : sekali sehari, sapukan pd kawasan melecur/sakit biarkan semalaman 
(elok pkai pd waktu nak tido), biarkan kering sampai pagi, kemudian cuci dengan air suam je.

dan yang terakhir

krim sebamed anti pimple gel
sebenarnya krim ni function more tu kalau kita nak hilangkan bekas jerawat
yes, it work for me :)
ciktom gunakan krim ni, bila bekas melecur tu dah betul2 kering, kehitam hitaman, then letak krim ni selepas mencuci muka dengan air suam.
kesannya boleh dilihat seawal 5-6 jam selepas penggunaan 

dengan berkat kesabaran di bulan ramadhan dn bantuan dpd beberapa cara di atas
kesan melecur di muka semakin membaik dan hilang dalam masa seminggu .
ya, seminggu 
alhamdulillah :)

harap harap, tips di atas membantu mereka yg memiliki kulit muka sensitif :)

sampai di sini dulu
any comments / tips boleh share !
bye semuaaa





boleh baca bila senggang , klik follow kalau senang . terima kasih :)

Ahad, 27 April 2014

pesan ibu tentang ayah

entah kenapa hari ini jiwa ini bangun dan sedar dengan kesugulan
sebak dan sedih
mungkin kerana 

ya , jiwa ini pendosa
perkara wajib setiap kali jiwa ini sedar dari lena dunia
melihat gambar mak dan ayah

sungguh walaupun ia cuma gambar yang kaku
tapi ia seolah olah punya aura dan motivasinya sendiri untuk diri ini merasa kuat semula.

mereka cinta hati jiwa ini
cinta hingga syurga

entah kenapa bila terbaca satu post hamba Allah mengenai ini
jiwa ini sebak, 
mengalirkan air mata

PESAN IBU TENTANG AYAH:
Anakku… 
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.
Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu. 
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.

Jauh dilubuk hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.
Berbahagialah yang masih punya ibu & ayah.


bait bait ayat ini punya mesej yang sangat jelas
dan jiwa ini umpama terjadinya 'bah besar'

jiwa ini hanya mampu berdoa agar dua insan ini mendapat redha dan kasih daripada Allah
mereka 
tiada apa yang boleh diceritakan
bagi jiwa ini mereka terlalu hebat dalam episod hari hari semalam, harini, esok dan akan datang.


wasalam
cinta





boleh baca bila senggang , klik follow kalau senang . terima kasih :)

Rabu, 23 April 2014

tangan yang di atas atau yang di bawah?

Assalamualaikum
Alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk terus bernafas dan berdiri di atas muka bumiNya
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda, serta sahabat
sedekahkan Al Fatihah buat salafussolihin, muslimin dan muslimat serta buat ahli keluarga yang telah kembali kepada Allah .

bi sirril Fatihah


sedar tak sedar dah hampir ke penghujung sem 2 tahun 1 di IIUM ni haa,
alhamdulillah.
moga Allah beri kekuatan dan kejayaan 
buat semua sahabat
berjaya fiddunya walakhirah. aminn

pernah dengar ayat ni ?

tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima 



perkara pokoknya nak kongsi kat sini, memberi itu tidak pernah merugikan
bersedekah apatah lagi, banyak manfaatnya

kedekut
hmm, kalau dengan diri sendiri pun kedekut apatah lagi dengan orang lainnya.

berjimat
bagus, tapi jangan sampai timbul rasa nak berkira dengan diri sendiri dan orang lain
tak salah berjimat. malah Islam menggalakkan kita berjimat 
dan jangan membazir kerana itu amalan syaitan.


berjimat jangan sampai kedekut
jangan aniaya diri, 
jangan menyakiti diri sendiri
sanggup belanjakan duit ke arah lain daripada belanja untuk diri sendiri.

macam mana awak nak diri awak disayangi, sayang diri anda terlebih dahulu.

sampai jumpa nanti !
semoga Allah memberi nikmat , serta kasih sayang buat semuanya
wasalam :)





boleh baca bila senggang , klik follow kalau senang . terima kasih :)

Selasa, 7 Januari 2014

selamat datang 2014


Assalamualaikum :)
masyaAllah lamaa dah rasa tinggal belog nii
apa kabar kalian ?


Alhamdulillah Ckr sihat sejahtera hendakNya 
ohh yaa, Ckr baru sahaja habis final exam baru jeee . hihi
Alhamdulillah, moga moga keputusannya, adalah yang terbaik :)

okeyy , jadi rupanya sedar tak sedar hari ini dah pun 7 Januari 2014
tirai 2013 sudah pun berlalu
so how your 2014 ?
is it okey ?
insyaAllah, moga moga Allah memberi segala nikmat dan kebaikan buat kita semua.





diari 2013 Ckr . 
Alhamdulillah tahun 2013 merupakan tahun yang sangat bermakna buat Ckr
banyak kenangan manisnya 


pertengahan Mei 2013, Alhamdulillah Ckr sudah menamatkan pengajian di peringkat asasi
Alhamdulillah , Alhamdulillah 
ramai yang membantu dari segi spiritual nya untuk Ckr melepasi peringkat asasi pada ketika itu.
sungguh, jasa kalian , Allah saja yang mampu balas :)

seterusnya, pada akhir Mei
Alhamdulillah, Subhanallah, Tabarakallah
Ckr dan keluarga menjadi tetamu Allah
kami sekeluarga diberi kesempatan dan rezeki untuk menunaikan umrah di baitillah AlHaram
sungguh moment itu sungguh indah dan saaaangat berharga
moga moga Allah titipkan rezeki lagi untuk kita semua ke sana. InsyaAllah :)







indah kann ? , 
takpee tanamkan azam dan semangat semuaa, insyaAllah suatu masa nanti sampai jugak :)



Alhamdulillah selesai umrah tak lama lepas tu, berpuasa dan sambut syawal bersama keluarga.
masyaAllah moment itu pun sangat indah :)

selepas syawal , 
Alhamdulillah, Ckr telah pun mendapat surat tawaran dari pihak Kuliyyah UIAM untuk melanjutkan 
pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.
Alhamdulillah Ya Allah.
bermula lah episod baru sebagai mahasiswi 
langkah kecil untuk ke sebuah pencarian ilmu yang sangat luass
Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah (Kepujian) 


dan alhamdulillah sekarang ni sudah pun selesai pengajian semester 1 tahun 1
insyaAllah akan pulang bercuti selama 3 minggu dan 
kembali untuk menyambung semester 2 pada februari akan datang.
doakan Ckr ! :)


insyaAllah moga moga 2014 ni menjadi tahun untuk mencoret dan melakar permulaan kejayaan.
kejayaan untuk kita semuaaaa .


tanamkan azam dan semangat
teruskan usaha untuk melakar kejayaan 



sama sama kita amalkan dan berusaha okeyy ?


okey lahh semuaa , bagi yang masih menduduki peperiksaan 
moga Allah permudahkan urusan kalian .
selamat berimtihan


salam kasih sayang 

babai



p/s : oh ya just miss my little brotha , baru 2 hari masuk kem PLKN . hmm



boleh baca bila senggang , klik follow kalau senang . terima kasih :)