Assalamualaikum, hahai semua
Alhamdulillah sudah hampir dua minggu kita berpuasa
kan.
heheeee
kalau tengok dekat shopping mall,
bazaar bazar melayu
tu dah sibuk dengan segala macam persiapan untuk aidilfitri ,
Tapi macam Ckr pulak , sudah menyiapkan segalanya
sebulan sebelum ramadhan lagi .
Tak perlu la bersusah susah, bersesak sesak nak keluar
time puasa ni kan,
keluar jika ada keperluan sahaja.
Haa, I’m officially married dengan UIA..mihmihmih
Kaweng dengan UIA kampus Gombak..haha
Last week, Alhamdulillah kami semua exCFSIIUM ,
telah
mendapat surat tawaran untuk sambung belajar.
dan Alhamdulillah, Allah bagi Ckr peluang untuk terus
berada
di Garden Knowledge and Virtue.
Ckr telah ditawarkan Bachelor Of Urban and Regional
Planning ( Honours )
Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah (
Kepujian )
‘ nikmat apa lagi yang hendak engkau dustakan ? ’
Syukur Alhamdulillah dengan nikmat yang tak terhingga
ni,
siapa sangka budak keluaran aliran akaun ambik kos
teknikal di IPTA..hee
Semuanya percaturan Allah yang begitu baik dan
sempurna untuk kita semua.
tahniah jugak buat le friends yang telah pun berjaya mendapatkan majoring masing masing
Then , whats next ?
Kaweng lar..miahahhaa
Kawen saja.
Tak lar tak lar.
Just nak share kan some of my opinions , kalau nak
kritik boleh silakan
kita memang berbeza pendapat , kerana berbeza tu lah
nanti baru ade variasi.
Kawen ?
Ofkos menghalalkan hubungan manusia yang berlainan
jantina dan asalnya.
Kawen ?
Tanggungjawab untuk memelihara maruah dan nasib wanita
Kawen?
Bukan sebab nak show off ‘yes, aku dah ada laki’ ,
‘yes, aku dah ada isteri’
Kawen?
Bukan sebab terpaksa , tapi ianya fitrah
Kawen ?
Menghubungkan silaturrahim.
Kawen ?
Ada banyak perkara lain lagi, bukan sekadar nafsu
nafsi.
Semua tahu dan mahu berkahwin dengan jejaka, jejaki
yang diimpi.
Tapi Ckr lebih suka untuk menyentuh bab kaweng muda
nih.
Bak kata mak Ckr tentang isu ni,
dorang dah sampai jodoh dorang kawin,
tapi jangan jadikan itu sebagai asbab untuk kamu riak
dengan orang lain.
Aplod gambar dengan caption
‘ going honeymoon dengan hubby’
‘ini hubby saya’
‘sebulan sudah bergelar isteri’
‘monthly anniversary’
*haplod instagram*
dengan caption i lebiu foreber
Untuk apa itu semua?
Tak salah nak share moment dan experience tapi awas
jangan sampai ada riak.
dah kawen jangan sampai semua perkara peribadi nak di
share
hari ni makan apa dengan suami, buat apa, pergi mana.
Maklumlah la, kawen muda ni, adrenalin dia lain sikit,
semangat
hari hari rasa nak tuka dp gambar dengan suami
No need,
Sekarang masa awak bahagia, esok lusa kita belum tahu
bagaimana kan?
Bila difikir fikir balik, betul jugak kata mak tu
yelah dia dah banyak makan garam dalam alam
perkahwinan dan rumah tangga ni
Lebih 20 tahun dah.
Awak nak kawen, kawen la bila dah sampai jodoh
tapi jangan jadikan ia point untuk tunjuk dengan orang
,
macam awak je kawen, macam awak je ade suami, macam
awak je beristeri, macam awak je bahagia.
Kita yang bujang lagi ni mula la..
lahaiiii syioknya hang dah kaweng, aku nak jugak!
Kann dah mula berangan rangan jadi puteghi sat.
Maklumlah, sekarang ni dengan fesbuknya, twitter nya ,
instagram nya, keek nya, apa lagi nya?
Semua orang dengan mudahnya boleh dengan hujung jari
aplod gambar dan sebagainya.
bukan kah ianya lebih manis kalau disimpan sebagai
private and confedential?
benda peribadi kann..
So, pleaselah mana mana pasangan yang dah kaweng
Janganlar rajin sangat aplod gambar nak tunjuk korang
sweet macam cotton candy tu.
Tapi Ckr sangat adore dengan 2 pasangan yang kahwin
muda ni
Lebih kurang seusia dengan Ckr..hee, yang pasti muda
la.
dan Ckr memang follow blog dorang ni.
Kawen muda mudi , masih cekal menuntut ilmu ,
berjauhan,
Suka sangat dengan apa yang dorang share, bukan semata
mata tips kahwin
tapi tips belajar, pengurusan masa, dan macam macam
lagi.
Mereka tak terlalu focus untuk bercerita pasal kisah
perkahwinan mereka.
Mereka sangat bersederhana.
That’s what i loikeee so much
Simple and adorable.
Kalau mereka boleh, kenapa tidak kita kan?
Apa apa pun bersederhana la, jangan keterlaluan.
Anyway, selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah
yang lain ookeyy?
Awas jangan riak amalkan sikap sikap yang baik naa.
okey lah , rasanya sampai sini dahulu coret coret Ckr
insyaAllah bersua lagi.
maaf kalau ada salah silap
berkasih sayang itu indah
do spreads love yaaa
babai
selamat menjalani ibadah puasa .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan