Assalamualaikum
Alhamdulillah , Alhamdulillah
kita semua sudah memasuki fasa terakhir ramadhan
fasa 10 malam terakhir , di mana di dalamnya ada satu malam yang istimewa
iaitu malam lailatul qadar.
Daripada Aisyah RA. ' apabila tiba 10 terakhir ramadhan Rasulullah SAW ,
akan mengajarkan kepadaku doa ' :
' Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,
cintakan keampunan , ampunilah aku '
HR.Tarmizi
moga moga kita diberikan kekuatan untuk terus istiqomah mempertingkatkan amal ibadah,
insyaAllah.
my adik lelaki penah cakap macam ni ,
' kak, tengok orang tu over gila tudung dia padahal pegi Tesco je pun'
'kak, memang tudung sekarang over eh corak dia'
'kak, kau kalau pakai macam tu, aku taknak jalan dengan kau'
memang kadang kadang rasa awkward nya , err pergi pasar malam je pun ,
aksesori macam nak pergi event grand grand je.
bukan cakap salah melawa , cantik , kemas tu ,
cuma jangan tabarruj
jangan berlebih lebihan
perempuan itu hiasan tambah lagi dengan hiasan
okey, tak ke jadi over hiasan .
bayangkan , blink blink campur blink blink
blank terus . err , pening
'kau ni, dorang pakai tudung kau komplen, tak pakai pun kau hentam jugak'
eh , bukan komplen bukan hentam , cuma nak betulkan saja
pakai tudung, tutup aurat, alhamdulillah bagus.
tak pakai tudung kita tegur la, bukan nak hentam atau apa
bukan kah kita memang diwajibkan menutup aurat
tutup aurat bukan bungkus aurat
' sekarang ni kan perempuan pun dah bekerjaya,
kena la jaga penampilan , kecantikan'
Islam tak pernah melarang untuk cantik, melawa, kemas, berpenampilan
cuma Islam dah ada guidelines nya iaitu Al Quran
yang jelas beritahu jangan tabarruj , itu saja.
Islam juga mementingkan kebersihan, keindahan, kekemasan
kerana kebersihan separuh daripada iman
'saya dah pakai tutup aurat dah ni , pakai tudung, baju lengan panjang,
seluar panjang, pun salah lagi ke'
okey , dah bagus tutup semua , tapi
tak tutup bahagian belakang
memang la salah .
itu juga aurat kan ?
kalau kita berjalan, tak ke akan ramai yang melihat
bila orang lihat marah , cakap apa pandang pandang
dah macam mana tak pandang, awak pakai macam tu bagi nampak
kita kalau tak buat takde la orang pandang pandang
jelas kan ? ;)
'susahnya, tu tak boleh , ni tak boleh, bila buat orang kata ,tak buat lagi la'
eh, bukan salah bukan tak boleh
tengok ni
dah ada guidelines dah , mudah la tu kan
yang jadi susah bila kita nak buat hukum sendiri, nak ada style dan fesyen sendiri kononnya.
yang jadi susah bila kita nak buat hukum sendiri, nak ada style dan fesyen sendiri kononnya.
tapi ye lar , sekarang ni kalau kita lihat baik jualan online atau tidak
fesyen itu yang sudah diketengahkan , bukannya kerana mahu menjaga syariat
ada juga yang benar benar mahu menjaga syariat , ada juga yang kerana mahu fesyen dan mengaut keuntungan semata mata.
kita sendiri lah yang kena bijak memilih, pilih yang bertepatan dengan syariat
sama sama lah kita menjaga aurat kita
kiranya masih kurang , kita perbaiki dari sehari ke sehari okey ?
sehingga bertemu lagi yeaa
berkasih sayang itu indah , do spreads love
babai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan