Assalamualaikum le muslim yang soleh dan solehah !
apa kabar kalian ?
moga moga sehat yea semuanya dalam lindungan Allah . aminn .
oh oh ya , sedar tak sedar dah hampir ke penghujung syaaban dah kita ,
itu bermakna kita sudah makin menghampiri ramadhan.
ya ramadhan, yang di dalamnya terdapat rezeki , keampunan , serta dijauhkan azab neraka.
jadi bagaimana persiapan kalian ?
bukan maksudnya bersiap dengan makan non stop setiap hari
tapi persiapan untuk berpuasa , bertarawih ,bertadarus , mentadabbur Al Quran .
peringatan juga buat kaum hawa yang masih lagi hutang puasa wajib tahun lepas
cepat cepat la ganti , dah makin suntuk ni , ganti tetap ganti , wajib ya !
selain tu jugak, sudah hampir sebulan juga rupanya Ckr dan keluarga
meninggalkan Tanah Haram dan Bumi Madinah.
hampir sebulan dah , Allah sekejap je rasanya .
pemandangan dari tingkat dua Masjidil Haram
Masjid Nabawi , Kubah Nabi , Taman Raudhah :)
pintu pintu Masjid Nabawi
bila siang payung ni terbukak untuk melindungi jemaah dari terik matahari ,
bila malam tutup semula !
ibadah Umrah ,
berniat umrah di miqat , bertawaf , sa'ie , bertahallul .
selesai umrah
berniat umrah di miqat , bertawaf , sa'ie , bertahallul .
selesai umrah
Ibadah Sa'ie , kisah Air zam zam ,
lambang keteguhan iman Siti Hajar .
lambang keteguhan iman Siti Hajar .
kawasan sa'ie
Sa'ie , perjalanan dari Bukit Safa ke Marwah .
Bukit Sofa , kini sudah di pagar dengan kaca sebegini .
Atas perintah Allah , serta ketaatan kepadaNya lalu Nabi Ibrahim telah meninggalkan
Siti Hajar dan puteranya Ismail di suatu lembah yang tiada berpenghuni di sisi Kaabah .
Bagi Siti Hajar pula, sebagai seorang yang mukminah taat akan perintah Allah
dia rela ditinggalkan suaminya , sedangkan pada ketika itu
Makkah itu tidak berpenghuni , tiada air, tiada tumbuhan .
tetapi Siti Hajar yakin terhadap kekuasaan Allah Yang Maha Esa.
Setelah ditinggalkan, beberapa hari kemudian bekalan makanan telah habis.
Ismail menangis kelaparan dan kehausan. Sedang susu di badan Hajar telah kering.
Hajar sebagai seorang ibu dengan azam yang kuat berusaha mencari air.
Ismail diletakkan di sisi Kaabah, lalu dia berlari menuju ke Bukit Sofa yang tidak jauh dari situ.
Di sana dia melihat sekeliling kalau-kalau ada air.
Dilihat di Bukit Marwah, bayangan seolah-olah ada air di sana.
Hajar lari pula ke Bukit Marwah dengan harapan bertemu dengan air.
Tetapi rupanya hanya fatamorgana kerana cuaca yang panas terik menimbulkan bayangan seperti air.
Berlari semula Hajar ke Bukit Sofa.
Demikian dilakukan oleh Hajar berulang-alik di antara Sofa dan Marwah sebanyak tujuh kali.
Begitu solid iman Hajar yang masih penuh harapan dan tidak putus asa atas rahmat Allah.
Akhirnya ketika Hajar di atas puncak Bukit Marwah,
tiba-tiba dia terpandang semacam kilauan air dekat Kaabah.
Hajar pun meluru ke sana.
Dan dia mendengar teriakan malaikat menyebut: " Zamzam ! Zamzam ! "
Betapa gembiranya Hajar apabila benar-benar menyaksikan mata air sedang memancut-mancut di sisi puteranya Ismail, lalu ia dikepung oleh Hajar dengan pasir dan batu-batu mengikut arahan malaikat tadi.
Air pun bertakung dalam keadaan jernih. Hajar menceduk air itu dan diberikan kepada puteranya Ismail.
dan kerana itu Allah telah mewajibkan ibadah Sa'ie
kepada hamba hambaNya yang menunaikan ibadah haji atau umrah .
Jadi apa ibrahnya di sebalik kisah ini untuk dikaitkan dengan kehidupan kita ?
Jangan putus asa untuk melalui cabaran dalam hidup
sesukar mana pun , ingatlah Allah itu sentiasa ada bersama kita .
" dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah , nescaya Allah akan mengadakan untuknya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) serta memberi kepadanya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah,
nescaya Allah mencukupkan kehendakNya.
Sesungguhnya Allah itu melaksanakan kehendakNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ukuran segala sesuatu."
Mata Air Zam Zam yang kekal sehingga hari ini , tanda kekuasaanNya . Subhanallah .
sungguh Siti Hajar seorang wanita yang sangat hebat , awesome .
keimanan beliau yang sangat tinggi kepada Allah , membuatkan dia yakin dan terus kuat untuk menghadapi dugaanNya .
hebat kan kisah Siti Hajar ?
okey semua dah ter - inspired kan ?
jadi , mesti la kena semangat untuk menyambut bulan ramadhan :)
jangan ingat bila puasa je, terseksa tak dapat makan ,
kalau puasa ingat makan je , memang lar seksa .
puasa bukan sebab tahan lapar dan dahaga , tapi ambil lah ibrah daripadanya .
kalau dah 20 tahun puasa tak tahan lapar , tampar pipi tu kuat kuat biar sedar .
bersyukur lah dengan segala nikmat yang telah Allah kurniakan ,
insyaAllah sekiranya kita kuat untuk menghadapi ujian yang diberikan , mungkin kesulitan itu akan digantikan dengan seribu satu macam nikmat kurniaan Illahi .
“ Demi jika kamu hendak menghitung nikmat Allah,
pasti kamu tidak dapat menghitungnya (satu persatu).
dapat semua ? ;)
insyaAllah , ayuh sama sama ambil iktibar dan pengajaran .
sama sama pasang niat untuk ke Tanah Suci sama ada untuk menunaikan ibadah umrah atau haji .
jika sampai panggilanNya , insyaAllah sampai lah kita ke sana nanti .
okey lah semua
selamat menyambut ketibaan Ramadhan :)
selamat berpuasa , selamat bertarawih
semoga berjumpa lagi di lain entri
berkasih sayang itu indah
do spreadssssssssss love
babai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan