Sabtu, 19 Mei 2012

mati itu pasti

assalamualaikum!
hollo guys, hollo peeps
alhamdulillah Ckr masih dan kalian2 masih dikurniakan kesempatan 
sekali lagi untuk menghirup udara di bumi Allah hari ini.
alhamdulillah, jugak baru pulang dari menziarahi jenazah ayah kepada kawan mak Ckr,



akhir2 ni..berita kematian begitu banyak terdengar, 
tak kesah lar sama ada di tempat Ckr ni sendiri atau pun di kawasan2 berhampiran.
tak kira atau muda, sampai masa..dijemput Illahi pulang ke tempat asalnya.
beberapa hari yang lepas jugak
bakal encik kumbang Ckr juga telah kehilangan ayahanda beliau yang tercinta,
sekalung AlFatihah buat ayahanda beliau, dan salam takziah.
semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh..insyaAllah..

AlFatihah


kematian itu adalah janji Allah yang pasti seperti mana dalam potongan ayat Quran ada menyebut
dan bermaksud
setiap yang hidup pasti akan merasai mati

cumanya, kita sendiri tidaklah mengetahui 
bilakah
di manakah
bagaimanakah
pengakhiran kita nanti

setiap daripada kita pasti mengimpikan husnul khatimah iaitu sebaik2 pengakhiran/ kematian kan?

antara tanda2 husnul khatimah ni adalah :

diakhiri dengan lafaz syahadah
daripada Mu'az R.A berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
" sesiapa yang pada pengakhirannya mengucapkan lailahaillallah, maka dimasukkan dia ke syurga "
[ riwayat Abu Dawud dan Al Hakim ]

dahinya berkeringat / berpeluh
daripada Buraidah Ibn Al Khasib berkata : 
Allahuakbar ! Aku telah mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud :
' matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya '
[ riwayat Ahmad al Nasai', At Tarmizi, Ibn Majah dan lain2 ]

mati pada hari jumaat atau malam jumaat 
Rasulullah bersabda yang bermaksud :
' tidaklah seorang muslim wafat pada hari jumaat atau malam jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur '
[ riwayat Ahmad ]

mati dalam keadaan sedang melakukan ibadah kepada Allah 
seperti sedang sujud solat, berpuasa, berjihad di jalan Allah dan amalan2 ibadah lain

pujian daripada orang islam
pujian terhadap si mati 
orang2 islam disekeliling merasa kehilangannya kerana jasa/ kebaikan yang pernah dilakukannya

sumber : majalah solusi

insyaAllah sama2 lah kita berdoa semoga kita dimatikan dalam nikmat iman dan islam dan dimatikan dalam husnul khatimah ( sebaik2 kematian )

cepat atau lambat kita pasti akan merasai mati,
merasai pemergian orang2 yang kita sayangi,
apa yang penting
cukupkah bekalan kita untuk menghadap Illahi ?

dan sekiranya kita telah merasai kehilangan ibu atau bapa yang dicintai
sedekahkanlah segala amalan2 baik kepada roh mereka
semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah yang diimpi2kan ibu bapa kita
insyaAllah

antara amalan yang boleh dilakukan sebagai anak buat arwah ibu atau ayah

Terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim bahawa seorang sahabat bertanya Nabi SAW mengenai apakah jasa yang boleh dilakukan oleh anak kepada kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.?

Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud :

Baginda bersabda yang bermaksud “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :

1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.
2. Ilmu yang di manfaatkan 
3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

Hadis Riwayat Luqman Hakim pula 

Berdasarkan hadis di atas terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia iaitu :

1. Sembahyangkan untuk mereka.
2. Mohon keampunan untuk mereka.
3. Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.
4. Eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan
5. Muliakanlah teman-teman mereka.
6. Doakan kepada mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka)

Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.

Teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Apabila kita selesai solat fardu atau ketika berada diwaktu-waktu akhir malam , waktu mustajab doa maka berdoalah untuk kesejahteraan ibu bapa kita yang telah meninggal dunia supaya mereka tenang disana....

doa buat ibu bapa




sebelum mengundurkan diri,
kat sini Ckr ade letakkan sebuah lagu daripada Far East yang bertajuk menanti di barzakh
hayatilah dan renung2kan lah, semoga bermanfaat dan dapat kita sama2 muhasabah diri masing2



okeyy yea, sampai di sini dahulu perkongsian sedikit daripada Ckr
walaupun sedikit harap bermanfaat
hidup kita bukan selamanya, hanya sebuah perjalanan yang singkat dalam menemui penciptaNya yang Esa

oleh itu sama2 berkasih sayang antara kita
kerana berkasih sayang itu indah
hablum minallah, hablum minannas

hubungan yang baik dengan Allah dan sesama manusia
until here
do spreadssssssssssss love
babai 




boleh baca bila senggang , klik follow kalau senang . terima kasih :)