Isnin, 4 Jun 2012

wajib berhijab + haram bersalam ( bhg 1 )

assalamualaikum
hollo guys ! hye peeps !
alhamdulillah sudah jun rupa2nya
kalian bagaimana ?
harap2 sehat sentiasa lar yea

owh ye, sekarang kan musim cuti sekolah, cuti matrik, cuti universiti
jadi selamat bercuti
jaga diri ye, =)


jadi entri kali ni, Ckr nak cerita dan fahamkan kalian semua tentang bagaimana aurat kita sesama ahli keluarga sepupu, saudara kita,
mesti ade yang tak penah tahu atau pun yang kurang arif akan berkata, 
ehh, dengan saudara pun ade aurat ke ?
mesti la ade
tak pe..tak pe Ckr akan cuba terangkan la ye, sebaik yang boleh
insyaAllah Ckr akan bahagikan tajuk entri ni kepada beberapa bahagian la, 
supaya fahamannya lebih mudah dan jelas nanti .


WAJIB BERHIJAB. HARAM BERSALAM


okey, cuba fahamkan rajah di atas ni dulu..
errmm...tak faham ?
okey tak pe, tak pe
biar Ckr cuba terangkan la ye

cuba ya, fahamkan situasi di bawah ni..
pelan2, insyaAllah dapat ;)



nama gadis comel ini Aisyah
dia ada 5 adik beradik termasuk dirinya
3 abang 1 kakak
ade ibu dan ayah

bila sesama ahli keluarga kandungnya
Aisyah tak perlu lar memakai hijab dan boleh bersalam tanpa terbatal wudhuk
kerana mereka merupakan ahli keluarga kandung
tapi aurat masih perlu dijaga la sebab ianya adab kan 
tetapi bila kakak kepada Aisyah telah berkahwin
Aisyah wajib menutup aurat bila abang iparnya berada bersama2 mereka
sampai sini jelas kan ?
adab dan aurat sesama ahli keluarga sendiri

okey, ofkos lar kan..Aisyah ni ade saudara dan sepupu baik di sebelah ibu atau ayah 
haa, bab ni yang kita kena faham baik2

ibu dan ayah Aisyah mesti la ade adik beradik jugak
jadi, adik beradik ibu dan ayah kepada Aisyah ni merupakan pak cik dan mak cik sedara
lar kepada dia
kalau pak cik sebelah bapa Aisyah tu dikira sebagai wali yang paling hampir la
bila dengan pak cik / mak cik saudara sebelah ibu atau ayah
Aisyah dan kita ( perempuan ) dibenarkan membuka tudung dan boleh bersalam,
  abang2 Aisyah ( lelaki ) boleh bersalam dengan mak cik saudara tu.

tapi kalau pak cik telah berkahwin, anda ( lelaki ) haram bersalam dengan isteri pak cik anda itu
begitu juga Aisyah tadi haram bersalam dan wajib berhijab 
dengan suami mak ciknya yang telah berkahwin tadi.

setakat ni, boleh faham dan jelas tak ?
kalau tak jelas anda boleh kemukakan pertanyaan menggunakan account facebook anda dan terus bertanya di bahagian pertanyaan di bawah yea. :)
insyaAllah Ckr akan cuba jawab dengan bantuan dan ilmu yang mutlaknya milik Allah

kita sambung yea, 
pakcik dan makcik Aisyah pula mesti la ade anak kan
anak mereka itu merupakan sepupu kepada Aisyah



kata lar jejaka di atas ni namanya Amir, merupakan anak kepada makcik Aisyah
bermakna sepupu Aisyah la
jadi...Aisyah wajib berhijab dan haram bersalam dengan Amir ini
tak kira la sehensem mana pun dia
tudung tetap tudung, dan tetap tak boleh bersalam.



dan katakan pula gambir gadis di atas ni Sarah, merupakan anak kepada pakcik Aisyah
hubungan Sarah dengan abang kandung kepada Aisyah ialah sepupu jugak,
jadi Sarah ni wajib berhijab dan haram bersalam dengan abang2 Aisyah,
begitu juga abangnya juga haram bersalam dengannya.

okeyy...setop kejap..hehe
paham ke tak ?
harap2 penjelasannya boleh difahami..insyaAllah kan

baiklar sampai sini dulu entri bahagian 1 ni..insyaAllah akan bersambung dengan bahagian berikutnya
dengan penjelasan tentang yang lain pula
moga2 entri ni bermanfaat yea
perkongsian yang sedikit cuma, tapi insyaAllah cuba berkongsi

pesanan Ckr


sehingga bertemu lagi nanti
berkasih sayang itu indah
do spreadsssssssssss love
babai 



continue bahagian seterusnya gerakkan cursor klik SINI :)))


boleh baca bila senggang , klik follow kalau senang . terima kasih :)