Ahad, 6 Mei 2012

perempuan

assalamualaikum
hollo guys ! hollo peeps !
yeeehaaa.. tomorrow will be my last paper for final exam,
may Allah ease everything (:

okeyy2,
hai para pembaca wanita yang comel lagi dikasihi Allah !
siapa wanita yang mengaku comel sila berpakaian menutup aurat seperti baby comel ni !


haaa..dah ke belom ?
baby ni comel kan ?
so, mana2 perempuan yang tutup aurat dengan baik..dia comel macam baby nih..hehe

baiklah,
Ckr ialah seorang perempuan, alhamdulillah..diciptakan Allah begitu sempurna (:
menjadi seorang perempuan sebenarnya tak mudah kalau melanggar perintah Allah,
tapi mudah sekali kalau sentiasa mematuhi dan mengikut segala perintah2 Allah
jadi kalian nak yang mana ?
yang mudah atau sebaliknya ?
tepuk dada tanya iman 

bila sebut perempuan, 
yang paling utama sekali mesti soal 
aurat

aurat ni ape?
okey2,
secara mudahnya, aurat ni adalah bahagian anggota badan perempuan yang wajib ditutup daripada pandangan lelaki bukan ajnabi / muhrim
menutup aurat ni pulak mesti la kena mengikut syariat yang telah digariskan,
menutup aurat tu tak sama dengan menutup kepala semata2
ye, menutup kepala tu betol
tapi kalau pakai tudung sanggul ditinggikan, tangan didedahkan, dada sengaja didabikkan, tak pakai stokin kaki dan lengan, tak pakai anak tudung, baju jarang, baju singkat, seluar ketat, legging dan sebagainya
 itu bukan tutup aurat dah tuh..itu namanya
tutup aurat tapi masih bertelanjang !

jangan berpakaian seperti gambar kiri,
tapi ikutlah seperti yang kanan (:






alar..tapi kami mahu mengikut fesyen ! kene up-to-date lar
must be in the loop okey !
okeyy2..tak salah nak mengikut fesyen tapi biar kenalah dengan title anda sebagai muslimah jangan jadi seperti yang di bawah ni !




tengok gambar yang bawah ni pulak, cantik ape, mengikut fesyen yang ditetapkan syariat !





mudah kan kalau mengikut syariat ?, 
cantik, sedap mata memandang dan dapat ganjaran pahala, insyaAllah.
harap semua dah jelas soal aurat ni yea (:
dan peganglah prinsip ni
anak perempuan selangkah saja keluar dari rumah tidak menutup aurat, maka selangkah juga membawa ayah mereka ke neraka
nauzubillihiminzalik, moga kita terpelihara ! dan sayangilah ayah anda !

kemudian pasal pergaulan sesama lelaki yang bukan muhrim

hmm, kebelakangan ni, ade je perempuan tutup aurat tapi dah terlanjur
di sini kita dapat lihat barangkali kerana terlalu mengikut2 nafsu, dan jarang mendekatkan diri kepada Allah

kerana bukankah Allah telah berkata :
tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadat kepadaKu


berbalik kepada isu perempuan bertudung pun terlanjur, hal ini mungkin terjadi kerana ibadat yang tidak sempurna dan kadang2 saja melakukannya itu pun kerana terpaksa.
yang paling penting sebagai muslim itu sendiri, tak kesah la lelaki atau perempuan
menjaga solat 5 waktu
bukan lar nak cakap Ckr ni perfect sangat 

innassalata-tanha-anil fahsyai wal-mungkar.
'Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. (al-Ankabut: 54)

see, Allah pun telah memberitahu dengan tegasnya melalui ayat di atas bahawasanya solat itu mengelakkan diri kita daripada melakukan perkara2 yang mungkar.
tapi tak mengapa, duhai gadis..andai anda sudah sedar dari kesilapan lalu
bangkitlah menjadi insan baru dengan melakukan taubat kepada Allah dengan bersungguh2
insyaAllah Allah akan mengampuni dosa hambaNya yang benar2 insaf dan taubat kepadaNya (:


sebagai anak perempuan, selagi dia belom berkahwin, segala dosanya akan ditanggung oleh ayahnya
so, tak kesian kah pada ayah kita ?
berhempas pulas cari rezeki
bagi kehidupan yang selesa
bagi pendidikan yang sempurna
bagi semua kemewahan dan kemudahan
tapi anda balas jasa ayah anda dengan tidak menjaga etika sebagai anak perempuan
bak kata pepatah melayu
susu dibalas tuba
seharusnya kita menghargai jasa pengorbanan ayah kita yang telah menjaga, merawat dan mendidik kita dari sebesar tapak tangan sehingga hari ini dengan menjaga tingkah laku menutup aurat dengan sempurna
menjadi permata yang solehah buat keluarga (:

permata yang bernilai sangat tinggi harganya
dan eksklusif buat yang bertuah sahaja
haaa, tak nak ke korang ?
kalau nak jom sama2 kita berubah2 sikit2 kerana Allah ya !

setelah berkahwin 
macam dah penah kahwin je Ckr ni bercakap kann..hee
dosa isteri akan ditanggung oleh suami
konsepnya tetap sama seperti sebelum kahwin cumanya bila dah kahwin suami la yang menanggungnya
tak kesian ke korang dengan suami korang nanti ?
penat2 dia mencari rezeki untuk anda wahai isteri tapi anda bebankan dia dengan dosa2 anda yang tutup aurat semua tu, anda heret suami anda sekali ke neraka ?

Allahurabbi, jangan begitu !
ayuh lah bangunkan jati diri cekalkn iman di hati
berubah kerana Illahi

biarlah kecantikan anda itu hanya menjadi tatapan suami yang dicintai
bukan untuk lelaki luar bukan ajnabi
jadikan diri anda eksklusif di mata suami
kelak mendapat syurga Illahi yang diimpi2

bermadah2 pula Ckr ni yea..hehe



okey ni bukan Ckr..but..errr...future wife - to- be.. (:

baiklah..baiklah..sampai sini dulu coretan cabuk Ckr
moga bermanfaat ilmu yang sedikit yang cuba nak disampaikan tuh ye
sama2 kita saling ingat mengingati antara satu dengan yang lain

" sampaikanlah walau satu ayat "

dan berkata benarlah walau ianya pahit

kulill-haq-walau-kana-murron

brkaSih syaNg itu iNdah
do spreadsssssssssss love
babai 



boleh baca bila senggang , klik follow kalau senang . terima kasih :)