Jumaat, 4 Januari 2013

Qana'ah

Assalamualaikum :))

hahai gadis hahai jejaka yang soleh dan solehah
yang cantik diciptakan Allah sempurna kejadian
yang lagi cantik , yang comel , yang manis , yang hensem , yang menawan 
lagi yang baik-baik belaka , moga sehat dan dirahmati Allah , insyaAllah .


salam jumu'ah barakah 21 Safar 1434H

Alhamdulillah , Allah masih beri kita rasa nikmat Iman dan Islam
nikmat kesihatan , kebahagiaan , dan macam-macam nikmat yang tidak boleh kita nafikan.
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, 
serta buat ahli keluarga dan sahabat baginda.

Yaumul Jumu'ah , sayyidul ayyam
apa benda pulak ayam ayam ni 

maksudnya hari Jumaat penghulu segala hari .


oh ya Qana'ah 
apa pula tu Ckr oii ?
nama anak hang ka ? 


ehh , tak lah Qana'ah ni adalah salah satu daripada sifat mahmudah , 
sifat yang baik.

alhamdulillah tadi berkesempatan mengikuti rancangan Tanyalah Ustazah di Tv9
banyak yang diceritakan tentang Qana'ah ni , so insyaAllah Ckr rasa nak share ilmu ,
moga moga bermanfaat .


apa itu Qana'ah ?

secara mudahnya yang kita boleh faham , 
qana'ah ni ialah rasa bersyukur dengan apa yang kita ada
rasa lapang dan cukup je .
tak mengeluh kalau sikit dan tak ujub kalau banyak.

hah , macam mana tu ?

contohnya macam ni , rasanya situasi ni femes dalam kalangan pelajar khususnya macam Ckr la
bila dah habis exam selang beberapa minggu sure akan gelabah result nak keluar , 
ye dak ?
haipp jangan pentipu  :PPP


hari hari tunggu anouncement dalam portal bila result nak keluar 
sekali bila dah keluar 
tengok result , ayat pertama yang akan keluar dari mulut 

alarrr...tak dapat dean list lagi , penat aku study pulun pulun tak tido malam tak dapat jugak

  <- yess , yess aku poplet     

 -> hampeh tak dapat poplet , tak dean list pulak ! frust , sedih . 


sedihnya , kawan kawan lain tu tengok tak study mana tapi dapat poplet manjang

mesti ada antara kita pernah alami situasi ni kan ?
kalau tak pernah tu bagus la , mungkin dia dah lama bersifat qana'ah ni.

itu lar silap kita sebenarnya kata ustazah tadi kita terlalu mengharapkan yang tinggi , 
yang bagus bagus belaka tapi once kita tak dapat kita jadi down dan menyalahkan diri sendiri .

habis tu tak kan nak redha je exam result tak gempak ?


bukan maksudnya suruh pasrah dan redha je bila tiap kali fail atau tak dapat dean list
 tapi sebaliknya kita mesti bersyukur , 
kerana sebenarnya di sebalik itu , 
Allah mahu kita belajar gigih gigih lagi :))
sewajarnya kita mengucapkan alhamdulillah walaupun aku tak dapat dean list , 
aku dah lulus dah belajar banyak perkara , 
dah dapat pengalaman dan ilmu baru . 
tak gitu teman teman ?

bila kita failed atau tak dapat dean list tu kita kena lar lipat gandakan usaha lagi 


Qana'ah + usaha yang istiqamah = hasil yang memberansangkan , insyaAllah :)


dapat tak kawan kawan ?
jangan mudah berputus asa dalam apa jua hal yang kita lakukan 

tapi jangan pulak tak putus asa buat kerja jahat , tu mintak nahas tu 

sama jugak dalam kehidupan seharian kita ,

setengah orang ni akan sentiasa mengeluh , 
apelah nasib aku ni kerja kutip sampah , pelajaran tak ade , gaji sikit , miskin lagi


Allah , jangan terlalu mengeluh dan memperlekehkan diri ,
kerja kutip sampah pun pekerjaan yang baik ,
kalau tak ade orang yang nak kutip sampah alamat bertebaran sampah sarap , 
lebih lebih lagi kawasan perumahan , 
gamaknya banjir sampah lar kalau tak ade orang majlis bandaran yang kutip sampah tu tau .
jadinya , setiap manusia wajib bersyukur dengan apa yang dilakukan 
selagi mana ianya tak menyimpang dari agama Islam .

orang kutip sampah -> kawasan bersih -> bebas penyakit 
-> hidup sihat sejahtera  -> dapat beribadah dan beraktiviti dengan baik :))


sama sama peroleh manfaat dan ganjaran kebaikan la , ye dak ?

kalau dah kaya pulak 

cucuk mesin ATM -> baki kat skrin tinggal RM1O ribu 
-> mulut cakap : sikitnya , kurang ni pendapatan bulan ni , kena kerja kuat lagi ni .

* walaupun penat aku mesti cari duit lagi bulan depan nak beli iphone5 pulok

Allahuakbar , begitulah manusia bila sikit merungut , bila banyak pun lagi bersungut
manusia tak akan pernah puas dengan apa yang mereka ada

kalau ada satu nak dua , ada dua nak lagi bila dah banyak tukar pulak yang lain ,
last last sampai rasa masa tu makin suntuk , nak cari duit pun rasa tak sempat 
ini lah ciri ciri manusia yang tidak ada sifat qana'ah ,

akhirnya duit ke mana , ibadah entah ke mena hala , masa dengan keluarga jadi hilang 
semuanya gara gara tiada Qana'ah dalam diri .

Ingat janji Allah ,
barangsiapa yang bersyukur dengan nikmat yang sedikit maka Allah akan tambahkan lagi nikmatnya.

jauhkan diri dari sifat lekas berputus asa dan sering mengeluh 
tapi sebaliknya kena sentiasa istiqamah berusaha insyaAllah , Allah akan beri ganjaran yang setimpal , tidak di dunia , InsyaAllah pasti di akhirat kelak .




kekayaan hakiki itu adalah kekayaan hati
seperti dalam hadis Nabi ada tercatat 

 “ Kekayaan (yg hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. 
Namun kekayaan (yg hakiki) adalah hati yang selalu merasa cukup.” 
(HR Bukhari-Muslim)


jadi antara tips dan panduan yang ustazah tu kongsikan tadi untuk
 mendapatkan rasa Qana'ah dalam diri adalah dengan cara mengamalkan doa ini :


haa , biasa baca dan dengar kan ? teruskan membaca doa ini moga moga kita sentiasa memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat 

serta mengamalkan membaca surah Al Kahfi 
10 ayat yang awal atau 10 ayat yang akhir untuk mengelakkan daripada fitnah dunia .

insyaAllah kita amalkan sikit sikit okeyy ?
barulah ada penambaikan dari sehari ke sehari 
ada paham ? hehe


kalau paham angguk sikit ;)

haaa , itu la antara input yang dapat Ckr kongsikan ,
harap harap kita semua termasuk diri ini sendiri akan mengamalkan sifat Qana'ah dan bagi yang sudah lama mengamalkan moga tetap istiqamah yeaa . amiin . insyaAllah sama sama kita berdoa


okeyy lah , sampai sini dulu perkongsian Ckr , harap bermanfaat , 
Selamat berhujung minggu ! isi masa dengan perkara yang berfaedah okey !

babai , tata titi tutu


berkasih sayang itu indah 
do spreadsssssss love .





boleh baca bila senggang , klik follow kalau senang . terima kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan