Ahad, 30 Disember 2012

azam dan teruskan

Assalamualaikum :))
hahai cik adik manis bertudung , abang imam kacak bergaya ;)
semoga sehat sejahtera hendakNya .


sedar tak sedar 2012 hampir melabuhkan tirainya
2013 bakal menyapa tak berapa lama lagi
rasanya baru je hari tu habes SPM , tup tup dah nak habes foundation dah

no more sweet teen after this , puluh puluhan to be :O

okeyy, menjadi kebiasaan lah bila tahun baru , azam pun mahu baru lah kann..
memang kena tunggu tahun baru ke baru nak azam baru Ckr ?

sepatutnya tak perlu la kan bila tahun baru je nak barukan azam,
sebab we as muslims memang diajar supaya muhasabah diri setiap hari
membuat refleksi dan koreksi diri setiap hari , 
barulah ada peningkatan dan kebaikan dari hari semalam kan?

tapi tak mengapalah , sekurang kurangnya bila tahun baru tu semangat pun mula berkibar kibar la kan 
berkibar dengan megah macam jalur gemilang


so please puluh puluhan pun kena stay comel macam panda ni yaww :PP



jadi apa azam baru Ckr ?



ofkos lar nak jadi yang leeeeeeeeeeeeebih baik dari tahun sebelum ni 
usia dah puluh puluhan ni
kena lipat gandakan usaha untuk improve diri

improve dari segi ;

amalan dan kebajikan terhadap diri sendiri dan orang di sekeliling
ni sepatutnya bukan azam , tapi kena perbaiki setiap hari dan saban hari

nak habiskan foundation Aed ni dengan jaya gemilang dan terbilang
jyeahh perak aman jaya *ehhh tiba tiba


nak gali sebanyak banyak ilmu dan pengalaman
bak kata ayah Ckr , ilmu ni bukan kira sebab nak ijazah , master , phd je, 
tapi selama hidup ni cari ilmu sebanyak yang mungkin.

dan ini pula azam yang dari dulu dan wajib diteruskan  oleh Ckr ;

menjadi hamba Allah yang istiqamah melakukan setiap perkara


menjadi anak yang solehah dan yang stay comel buat emak dan ayah ;))


menjadi gadis yang comel dan sentiasa istiqamah menutup aurat 
dan mahu menjadi yang eksklusif buat bakal abang sayang saya saja suatu hari nanti mungkin. 
*ehhh



kakak yang stay comel dan baik baik untuk adik bujang seorang . ihiks



kawan yang caring dan mengambil berat perihal kawan yang lain .



belia yang sentiasa sihat dan cergas untuk melakukan dan menyiapkan tugasan 
dan menyempurnakan amal ibadah .



nak jadi gadis 
wife - to - be
mak mak - to - be 
yang pandai masak dan punya skill memasak yang bagus 
agenda untuk menjadi menantu kesayangan mak mertua lah , bhahaha




menjadi hamba Allah yang sentiasa punya sifat belas kasihan pada orang lain
termasuk binatang binatang yang comel itu .



okey dah , Ckr harap dapat menjadi seperti yang di atas kalau tidak hari ini ,
mungkin esok , tak esok mungkin lusa atau hari hari yang seterusnya lah
semoga diri ini akan terus cekal berusaha menjadi seperti yang diazamkan .

Ckr jugak mendoakan yang sama untuk kalian kalian 
yeayyy , suka tak ?
kalau suka sepp sikit :PPP


sampai sini dahulu entri terakhir Ckr untuk tahun 2012
semoga apa yang dihajatkan akan tetap diusahakan dengan penuh jaya serta istiqamah



semoga kita bersua lagi , insyaAllah
wa ilalliqa 


do spreadsssssssssss love
babai semua !



boleh baca bila senggang , klik follow kalau senang . terima kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan