Sabtu, 20 April 2013

menghitung hari

Assalamualaikum 
haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii semua 
apa kabar kalian ?
moga moga sihat walafiat hendakNya . aminn.


Alhamdulillah , terbukak dan terapdet jugak belog comel dan cabuk ni
kesibukan terlampau menyebabkan belog ini , sepi seketika 

oh ya, oh ya
harapnya masih belum terlambat untuk mengucapkan 
sekalung tahniah buat calon STPM dan SPM yang telah mendapat keputusan flying colours gituu ;)



bagi yang kurang berjaya ,
tak apa, teruskan niat untuk sambung belajar,
jangan berhenti untuk mencari ilmu tau
insyaAllah , bila kita berazam dan berusaha untuk mencari ilmu
Allah akan bantu untuk permudahkan segalanya
yang penting berusaha !




 menghitung hari....


insyaAllah dalam beberapa minggu lagi negara kita akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke 13.
umumnya semua sedia maklum 5 Mei nanti adalah hari mengundi .
semua sedang menghitung hari menantikan hari tersebut
undilah calon yang berwibawa , 
calon yang boleh membawa sejahtera .

dan Ckr belum lah cukup umur lagi untuk mengundi 



marilah mari , pergi mengundi , jalankan kewajipan pada negara :)




seterusnya , insyaAllah dalam beberapa minggu jugak lagi
Ckr sedang menghitung hari untuk menamatkan pengajian asasi di UIAM ni


Alhamdulillah , almost 2 years dekat sini , macam macam Ckr belajar
bukan sahaja belajar graphic communication and design
tetapi juga belajar ilmu ukhrawi bekalan akhirat.

diri ini pendosa , 
wajib menuntut ilmu agar kita sedar kita ini manusia yang selalu lupa dan alpa
Allahu Allahu .



insyaAllah , akan sambung ke peringakat Ijazah Sarjana Muda di UIAM Gombak
pada awal september nanti . mohon doa semua ;))


dan sekarang sedang bertungkus lumus menyiapkan final project , 


moga Allah permudahkan segalanya . aminn






dan Ckr juga sedang menghitung hari untuk mejadi tetamu Allah
Allah, Allah, Allah
sungguh rasa kerdil dan hina sangat diri ni ,
semakin berdebar rasanya untuk menjadi tetamuNya :(


insyaAllah , Ckr dan keluarga akan berangkat ke Tanah Suci 
untuk menunaikan umrah pada akhir Mei nanti.
sebenarnya dah lama rencana untuk berangkat ke sana
tapi belum ada rezeki sebelum ini ,
dan insyaAllah akan ke sana pada akhir Mei .
mohon doa semua agar dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga untuk menjadi tetamu Allah.

insyaAllah Ckr juga akan mendoakan kalian agar bisa turut ke sana suatu hari nanti :)




mungkin sahabat di luar sana juga sedang menghitung hari untuk hari graduasi , 
hari interview kerja ,
hari untuk menjadi pasangan pengantin baru ,
 hari untuk bergelar ibu dan ayah , 
hari untuk bergelar atok dan nenek dan sebagainya lagi ...



tapi jangan lupa kita semua sentiasa menghitung hari untuk menemui 
Pencipta Abadi yang bersifat kekal.

oleh itu sentiasa perbaiki amalan
pertingkatkan ilmu dan amal
memohon ampun kepadaNya
muhasabah diri senantiasa
agar kita sedar kita ini bersifat sementara .

jangan lupa untuk sentiasa berdoa agar kita memperoleh kebaikan dunia dan akhirat 


okeylah, sampai di sini saja coretan cabuk Ckr
semoga kita semua peroleh ganjaran yang baik di dunia dan akhirat
sentiasa upgrade dan update amalan okey ? :)
insyaAllah sama sama kita melakukan kebaikan .

selamat berjaya untuk semuanya

do spreadssssssssssssssss love
berkasih sayang itu indah 

babai 




boleh baca bila senggang , klik follow kalau senang . terima kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan