Assalamualaikum semua !
Apa kabar?
Harap kalian sehat hendakNya ya :)
Oh yaa, Selamat Hari Lahir
buat mereka yang menyambut
hari lahir pada bulan disember ni ,
Selamat Pengantin Baru , buat pasangan yang baru
sahaja diijab kabulkan
pada hari ini, esok , lusa atau bila-bila lah..hee
*Sambil nyanyi lagu selamat pengantin baru dengan
iringan kompang..hihiks *
Selamat menyambut cahaya mata buat mereka
yang baru
sahaja menimang cahaya mata sulong ke kedua ke atau mungkin yang terakhir ka
atau mungkin yang baru hamil.hehe, moga selamat
semuanya.
Dan moga kita selamat sahaja hendakNya , insyaAllah .
* Ckr dah suka dengan alpaca ni, ayah nak bela bolehhh takk ;D *
Apa kata saya ?
Sekarang ni musim cuti sekolah , ada yang pergi
bercuti bersama keluarga
dan ada jugak yang tak ke mana-mana , lantas apa
pengisian anda semasa bercuti?
Hmm, kalau tanya Ckr, cuti ni Ckr belajar
memasak..hihi
Plus, ade la tolong mak ayah, balik kampung , habiskan
baca buku,
layari internet puas-puas..hehe, dengar tazkirah
online , tengok movie online
jumpa kawan ? mmm, tak, mungkin belum ada peluang
oh ya, Ckr cuti ni sangat kurang menonton televisyen ,
kenapa ?
rancangan dan pengisian di tv tu sangat kurang ,
dan
hanya dipenuhi dengan hiburan . eh tapi Ckr tak cakap la,
Ckr ni tak suka
hiburan ,
cuma kalau kita perhatikan sekarang ni dah terlalu banyak sangat
rancangan hiburan
lebih-lebih lagi Program reality mencari penyanyi la,
drama yang bosan dan penuh cintan cintun, dendam sana sini la
hadehh, penat dehh ,
buat kata ayah Ckr lebih baik
tengok national geographic ke
history channel ke lagi bagus,
sekurang-kurangnya
ilmu kita tentang haiwan dan alam sekitar tu bertambah .
yeahhh that’s true ayah :D
Ckr tak tolak rancangan hiburan tu seratus peratus
Yea, Ckr sendiri pun tak nafikan Ckr jugak ada
menonton rancangan hiburan,
sukakan hiburan , tapi hiburan yang sesuai la
Kalau dah terlalu banyak pun, agak memualkan.
Program realiti tv misalannya
Boleh dikatakan setiap channel ada la
Maybe oasis dengan tvhijrah la kot yang takde
Masing-masing berlumba nak jadi artis ,
nak popular
sedangkan rasanya kat Malaysia dah terlalu banyak artis,
sampai kadang-kadang
keluar lagu-lagu baru la,
pelakon baru la yang Ckr sendiri pun tak tahu sape
lah artisnye..hihi
Dia keluar tv tu la baru tahu dia artis rupanya..ahhaa
Lepas tu pulak , ganjaran yang diberikan kepada
pemenang tu rasanya agak melampau.
Jumlah wang ringgit yang pada Ckr,
lagi bagus kalau
didermakan buat yang lebih memerlukan , buat Gaza ke Palestine ke Syria ke lagi
bermanfaat.
Sekadar menyanyi / berlakon kemudian dapat awards
sampai hampir setengah juta ,
phewww banyak tu.
Bukan la kata tak bagus nak mencungkil bakat baru tu,
tapi dah terlalu banyak.
Drama/ sinetron
Ini lagi satu, drama kat tv banyaknye kemain tapi
alahai
jalan ceritanya sama je dengan drama sebelum tu
*Ckr bukanlah kaki tengok drama, tapi kekadang tu
tengok la jugak..hihi*
Kalau jalan cerita melayu
Bercinta -> bahagia -> ada orang ketiga ->
bergaduh jerit-jerit entah apa-apa
-> dendam -> ambik orang upahan pergi sabotaj pasangan
bahagia
-> berpisah-> menderita -> last-last sekali berjumpa balik
then kawin..bla, bla, bla, bla
Annoying gila tahu tak, jalan cerita macam ni
diulang-ulang
Cuba la buat ade unsur kekeluargaan ke, nilai-nilai
murni ke
Ni tak, kadang-kadang ade jugak yang selitkan unsur
18sx,
aksi atas katil =..=
kalau budak-budak tengok kan dah merosakkan otak yang
suci .
selain tu, tajuk filem atau cerita tu je pun dah teruk
bohsia la , rempit la , songlap la
penggunaan bahasa yang sangat tidak bagus ,
macam mana
nak bentuk generasi yang cintakan bahasa,
kalau bangsa sendiri pun merosakkan
bahasa.
Ckr tak cakap la, Ckr ni bagus sangat dalam berbahasa,
tapi sekurang-kurangnya buatlah penambahbaikan, ye dak ?
kalau cerita sinetron indon tu apetah lagi la
bercinta -> family tak suka -> rupa-rupanya
tertukar masa kecik sorang miskin sorang kaya
-> dendam ( sambil buat aksi
mata dan mulut dorang tu)
-> berebut harta, buat ujian DNA, doctor kena
sabotaj dan..bla, bla, bla
kadang-kadang sampai beratus-ratus episode
haduiii, sabar je la
* bertukar-tukar , memang tak ada logika *
rancangan bual bicara pasal artis
yang ni pun sama dah berlambak-lambak
artis masuk tandas pun boleh jadi cerita
artis masak ke tak masak ke pun jadi cerita
alahai, ape benda la , cerita macam tu pun nak bagi
tahu masyarakat ?
sangat annoying bagi Ckr
kalau artis sakit ke, ditimpa musibah, artis berhijrah
ke mungkin agak wajar la kalau nak bagi tahu.
habis , Ckr tengok apa ?
Ckr suka tengok
Masterchef ( tapi dah habis, semalam Izyan
menang..hihi )
Kalau pagi-pagi rancangan Tanyalah Ustaz Tv9
Rancangan assalamualaikum TvHijrah
Drama Adam Hawa astro mustika ( sekarang dah episode
56..hehe)
Travel Umrah bersama Ustaz Don TvHijrah
30 minit Ustaz Don TvHijrah
The Voice channel 701 AXN
CSI channel 701 AXN
Natgeo wild channel 550 ( cerita pasal binatang)
Selami Jiwa Dato’ Fadzilah Kamsah astro Oasis
Dilema wanita astro Prima
Music Factory channel 705 astro Hitz
Sape cakap Ckr tak suka berhibur ?
Suka, Cuma kena pandai memilih yang sesuai
Ya, manusia citarasanya berbeza , tak semua sama
Tapi kalau boleh carilah sesuatu yang bisa menambahkan
ilmu
kita setidak-tidaknya.
Jangan sempitkan minda
Ckr tak cakap hiburan tu salah
Sebab ya kita manusia memerlukan hiburan
Tapi pilih la yang mana masih boleh diterima dan tidak
keterlaluan
Dan jangan pula terlalu naïf, menolak terus hiburan
nanti kita jadi jumud pulak.
Kita ada akal ada minda boleh fikir boleh pilih yang
mana baik kan ?
Okey, boleh semua ?..hehe
Itu kata Ckr, apa kata anda ?
Sampai di sini dahulu
Tetaplah berdoa untuk sahabat dan saudara kita
di
Gaza, Palestine, Syria dan di mana jua umat islam berada.
Semoga kemenangan tetap milik islam. Amiin .
Berkasih saying itu indah
Do spreadsssssssssssssss love
Babai , peace yaw ;)