Jumaat, 17 Ogos 2012

Aidilfitri : hubungan dan eratkan silaturahim

Assalamualaikum kawan-kawan :)
ape kabar kalian ?
Alhamdulillah Ckr sehat sejahtera hendakNya

owh ya, ramadhan akan melabuhkan tirainya
jadi bagaimana amalan kita ramadhan kali ini ?
lebih baik atau sebaliknya ?
tepuk dada tanya iman yea



syawal pula akan menjelang tiba, for sure la bagi kita orang islam
syawal merupakan bulan kemenangan bagi kita setelah sebulan berpuasa melawan nafsu, lapar dan dahaga.

banyak la antara kita lagi seminggu nak raya, dah buat macam-macam persiapan
jangankan korang lar, Ckr pun serupa..
ye lar, mak mak kita kan macam-macam dah difikir
nak masak apa, langsir warna apa, kuih raya nak berapa jenis..hehe
ape-ape pun, bersederhanalah dalam melakukan persiapan tu, jangan membazir
as long as boleh guna, elok lagi yang raya tahun lepas punya reuse la ye..huhu

ada jugak yang dalam kalangan kita, beraya tanpa insan tersayang 
kerana mereka telah dahulunya kembali menghadap Illahi.
walaubagaimanapun, ingatlah sedekahkan mereka al fatihah kerana 
mereka telah memulakan kehidupan yang abadi di sana.
insyaAllah kita juga akan menyusul nanti, cuma tak tahu bila masanya, bagaimana, dan di mana .

Salam Lebaran
Salam Aidilfitri
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
salam kemaafan daripada Ckr, andai kata selama berblogging ni, 
Ckr ada melakukan kekhilafan yang tak disedari, tak disengajakan, atau pun disengajakan :)




seterusnya, sudah menjadi adat dan kebiasaan yang sangat baik di amalkan
ketika menjelangnya syawal iaitu budaya kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi

kat sini Ckr nak share kan la sebuah hadis yang
direkodkan oleh Imam Ibn Hibban dan Al Baihaqi yang bersumberkan Ibn 'Abbas r.a
Rasulullah s.a.w ada bersabda tentang lailatuqadar yang bermaksud

Allah s.w.t memerhatikan mereka pada malam ini, lalu mengampunkan mereka semua kecuali empat golongan manusia iaitu :

1) lelaki yang berterusan meminum arak
2) seseorang yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya
3) seseorang yang memutuskan silaturahim
4) Al mushanin' - orang yang berhasad dengki dan memutuskan hubungan .

ape yang Ckr nak highlightkan melalui hadis ini ialah, silaturahim kita sesama saudara seislam kita ni,
ade setengah orang pagi-pagi raya dah kalut on tv nak tengok rancangan raya, artis raya, gosip raya, selebriti raya, macam-macam lagi lah sampaikan mereka lupa konsep ziarah itu.
seharian depan tv, dari pagi sampai ke petang, jadi bagaimanakah silaturahim itu akan terjalin sekiranya kita sendiri yang tidak mengambil insiatif untuk memulakannya ?



Ckr tak cakap la nak tengok tv tu salah, tapi ape kata spent kan sedikit masa time pagi pertama raya tu, menziarahi sanak saudara, jumpa jiran tetangga,
time-time ni jela pun kita berpeluang nak jumpa semua orang,
yang muda jumpa yang tua, yang tua beramah mesra
yela mana tahu raya tahun depan kita dah tak ade..sudah pergi dijemput Illah,
dah hilang satu point yang berharga dalam konsep hubungan dengan manusia kan ?

setelah keluarnya kita dari madrasah ramadhan,
 istiqamah kan ape yang telah kita lakukan selama berada dalam bulan ramadhan,
sekiranya masih ade kekurangan, cuba sedaya upaya berusaha mencari jalan untuk membaiki amalan..insyaAllah, Allah akan membuka jalan-jalanNya :)




jaga diri, jaga hati , jaga kaki , jaga tangan, jaga mata
jangan main mercun yang akan membawa padah semata-mata
membazir dan jangan buat ! bahaya tauuu,
nanti tak boleh raya, susahkan hati mak ayah

Aidilfitri
bersederhana, ziarah menziarahi, teruskan amalan yang baik, 
jadilah muslim yang produktif
agar kita sama-sama dapat kemanisan hidup,
untuk mendapatkan kemanisan ketika beribadah
 lantas mendapat mardhatillah ..amiin, insyaAllah


sekali lagi, ikhlas daripada Ckr




berkasih sayang sesama manusia ketika aidilfitri ini
ambil peluang kunjung - mengunjung untuk mengeratkan silaturahim
insyaAllah ianya indah :)
berkasih sayang itu indah !
babai yea !
do spreadsssssssssssssss love




boleh baca bila senggang , klik follow kalau senang . terima kasih :)