Sabtu, 10 Mac 2012

Hadis palsu

assalamualaikum!
ape kabar kalian?
Ckr alhamdulillah..sehat2 aje..
diam tak diam, sedar tak sedar..da kawin da Ckr...opsss..ecehhhhh..haha
silap2...belom lagi..belom lagi..dalam perancangan, insyaAllah..doakan yang terbaik 
untuk Ckr dan bakal encik abang ye :D

okey..sebenarnya nak cakap..diam tak diam..dah masuk bulan mac da dalam tahun 2012 ni...
masa berlalu begitu pantas kan...
yang baru lahir, baru saja menjengah ke dunia, baru mahu mengenali erti kehidupan, yang telah pergi tetap akan pergi, menempuh alam baru di sana..
kita yang masih di sini..teruskanlah kehidupan sebagai khalifah, pengembara di bumi Allah mencari bekalan untuk dunia dan ukhrawi..insyaAllah..

seperti yang tertera di atas, entri Ckr kali ni, Ckr nak kongsikan 1 ilmu baru yang mungkin ramai di luar sana tak tahu...Ckr pon nak kata tahu sangat tu..tidak lar..tapi masih juga baru belajar2 mengenali ilmu ni..
iaitu pasal 
HADIS PALSU

untuk pengetahuan korang semua tak semua hadis yang dikeluarkan, yang dikatakan atau yang diterjemahkan, atau yang sama waktu dengannya itu...adalah sahih [ benar]
dalam konteks ni, kita yang tak berapa nak pakar sangat ni, boleh je nak dapatkan info dan ilmu pasal semua ni dengan membaca atau sekarang ni..google je..macam2 boleh dapat kan?

okey lar..Ckr tak nak bebel panjang2..nak share kan ilmu ni pada korang semua..agar bermanfaat..insyaAllah..


ha, ini lar dia..sumber Ckr pasal hadis palsu..

40 HADIS PALSU
keluaran PTS ONE
karangan Abdul Razak Muthalib
harganya RM 9

alhamdulillah..banyak benda yang Ckr tak tahu jadi tahu..yela, sebelum ini ade jugak buat..sebab tak tahu..tapi after this da tahu kan..so jangan ulang da (=

so lets begin!
bismillahirrahmanirrahim

ape itu hadis palsu?

hadis palsu atau hadis maudu adalah jenis2 daripada hadis daif.
hadis ini direka dan dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW.
hadis maudu dinyatakan merupakan hadis yang paling teruk mengikut Ibn al- Salah.

simple sentence kat sini...hadis palsu ni, direka oleh sseorang, kemudian dikatakan bahawa ia dari Rasulullah.

kenapa ia dicipta kalau dah tahu palsu?

okey2 dalam konteks hadis ni, sebenarnye..banyak cabang2 ilmunye..tapi kita sebagai pembaca dan penuntut yang baru ni..kita ambil fahaman yang mudah2 je dulu ok!..supaya tak complicated sangat.
kenapa ia dicipta kan?

1- menggalakkan orang supaya melakukan kebaikan dan memberi peringatan agar tidak melakukan perkara yang mungkar.
[ kira macam nak memotivasikan lar..sebab hadis palsu ni, ayat nye..berupa nasihat jugak ]

2- sikap obses atau taksub terhadap sesuatu mazhab, bangsa, kabilah atau negeri.

3- untuk kepentingan dan keuntungan peribadi.

dan banyak lagi tak dapat dinyatakan kerana terlalu berat untuk pembacaan tanpa rujukan atau guru, mungkin akan menyebabkan kekeliruan atau percanggahan.

jadi ini antara 40 hadis palsu yang popular yang mungkin kita sendiri 
pernah ungkapkan atau kita biasa dengar.

1- menuntut ilmu hingga ke negeri china
2. menuntut ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad
3. Nabi kota ilmu dan Ali pintunya
4. doa ketika membasuh anggota wuduk
5. solat yang tidak mencegah kemungkaran
6. solat dengan berserban
7. solat sunat malam raya
8. solat ragha'ib bulan rejab
9. kelebihan solat terawih
10. mengusap mata semasa laungan azan
11. kelebihan puasa sunat rejab
12. kelebihan puasa asyura
13. Abdul Rahmab bin Auf masuk syurga merangkak
14. jihad hati
15. perselisihan adalah rahmat
16. anak zina tidak masuk syurga
17. syurga di bawah telapak kaki ibu
18. siapa yang kenal dirinya maka dia kenal Tuhannya
19. menghidupkan malam israk mikraj
20. rejab bulan Allah
21. kelebihan membaca surah yasin
22. yasin hati Quran
23. cintakan negara
24. bekerja untuk dunia seolah2 kamu akan hidup untuk selamanya 
dan beramal sperti kamu akan mati esok hari
25. kelebihan solat dhuha
26. berjabat tangan boleh masuk syurga
27. menyapu muka selepas solat
28. talak menggegarkan arasy
29. dunia itu ladang akhirat
30. tidak menziarahi Nabi ketika haji
31. solat orang yang berkahwin lebih baik daripada yang bujang
32. bercakap urusan dunia ketika dalam masjid
33. meraikan maulid nabi
34. amalan khas nisfu syaaban
35. menziarahi kubur pada hari jumaat
36. membaca doa awal dan akhir tahun
37. Nur Muhammad
38. larangan ketika hubungan suami isteri
39. kisah Alqamah si anak derhaka
40. manusia baik sekiranya pemerintah dan ulamak baik

banyak kan?..
tapi bagi kita para pembaca..cukup lar sekadar kita tahu..bukan ape..takut timbul kekeliruan pulak nanti.
ye lar..kita pun bukan lah arif dan hebat sangat dalam bidang ni, sekadar tahu untuk informasi dan amalan sendiri..insyaAllah kan?

okey lar kawan2...sampai sini dulu perkongsian Ckr yea..
harap2 bermanfaat tak banyak, sikit pun jadi larr.

brkaSih syaNg itu iNdah
do spreadssssssssssssssssssss love
babai


boleh baca bila senggang , klik follow kalau senang . terima kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan